Friday, December 28, 2012

Cencaru Sumbat Kelapa

Hari ini, hari rajin. Teringin nak makan cencaru sumbat kelapa atau lebih dikenali sebagai "ikan bantut" di kalangan keluarga kami.. Hehe


Bahan utama


2 ekor ikan cencaru saiz sedang - belah belakang & bersihkan, toskan.


Sedikit garam halus

Sedikit serbuk kunyit

Cara penyediaan ikan :


Ambil campuran garam kunyit, lumurkan di bahagian dalam ikan yg dibelah belakang tu, ini untuk mengelakkan daging ikan terasa tawar. Memadai dengan melumurkan sedikit sahaja..



Bahan untuk sambal kelapa (lebihkurang) :


1 cawan kelapa parut

1 sudu besar cili kering blender
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang serai (hiris halus)

1/2 sudu kecil asam jawa - ambil airnya

garam secukup rasa

Cara:

1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah, lada merah, serai hingga lumat.
2. Masukkan kelapa parut dan tumbuk bersama bahan tadi hingga sebati..
3. Keluarkan bahan yang ditumbuk ke dalam sebuah bekas dan gaul bersama air asam jawa & perasakan garamnya.
4. Sumbatkan kesemua sambal kelapa yg telah digaul tadi ke belakang ikan.
5. Panggang sehingga masak.
6. Setelah masak, boleh la dihidang, sesuai dimakan panas2..

Boleh juga diselitkan secarik daun kunyit kalau suka, wangi baunya nanti :)

Sedap juga dinikmati jika dicicah air asam @ sambal belacan.

Ps : bahan2 sambalnya tu, saya selalunya blender je, sebab biasanya buat dalam kuantiti banyak. Senang, bila terasa nak makan lauk ni, just beli ikan & sumbat je.


Selalunya lebihan sambal kelapa yg tak abih guna, saya frozenkan, supaya tahan lama.. :)


Selamat mencuba... :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment