Friday, December 28, 2012

Cencaru Sumbat Kelapa

Hari ini, hari rajin. Teringin nak makan cencaru sumbat kelapa atau lebih dikenali sebagai "ikan bantut" di kalangan keluarga kami.. Hehe


Bahan utama


2 ekor ikan cencaru saiz sedang - belah belakang & bersihkan, toskan.


Sedikit garam halus

Sedikit serbuk kunyit

Cara penyediaan ikan :


Ambil campuran garam kunyit, lumurkan di bahagian dalam ikan yg dibelah belakang tu, ini untuk mengelakkan daging ikan terasa tawar. Memadai dengan melumurkan sedikit sahaja..



Bahan untuk sambal kelapa (lebihkurang) :


1 cawan kelapa parut

1 sudu besar cili kering blender
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang serai (hiris halus)

1/2 sudu kecil asam jawa - ambil airnya

garam secukup rasa

Cara:

1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah, lada merah, serai hingga lumat.
2. Masukkan kelapa parut dan tumbuk bersama bahan tadi hingga sebati..
3. Keluarkan bahan yang ditumbuk ke dalam sebuah bekas dan gaul bersama air asam jawa & perasakan garamnya.
4. Sumbatkan kesemua sambal kelapa yg telah digaul tadi ke belakang ikan.
5. Panggang sehingga masak.
6. Setelah masak, boleh la dihidang, sesuai dimakan panas2..

Boleh juga diselitkan secarik daun kunyit kalau suka, wangi baunya nanti :)

Sedap juga dinikmati jika dicicah air asam @ sambal belacan.

Ps : bahan2 sambalnya tu, saya selalunya blender je, sebab biasanya buat dalam kuantiti banyak. Senang, bila terasa nak makan lauk ni, just beli ikan & sumbat je.


Selalunya lebihan sambal kelapa yg tak abih guna, saya frozenkan, supaya tahan lama.. :)


Selamat mencuba... :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 27, 2012

Nasi Majerin, Sambal Bilis

Assalamualaikum semua..

Salam pagi Jumaat.
Hari ini terlebih rajin..
Tadaaaa... Terhasillah nasi majerin versi My Qaseh Kitchen... :)

Nasi Majerin

Bahan-bahan:

3 pot nasi - cuci bersih2
Garam secukup rasa

Sebiji bawang merah
Sebiji bawang putih
1/2 cm halia
- semuanya di mayang

Sedikit kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

2 sudu besar majerin untuk menggoreng


Cara-cara

1) Tanak beras yg telah dicuci macam kita tanak nasi biasa

2) Cairkan majerin di dalam kuali biasa.

3) Tumis bahan2 yg telah dimayang bersama kulit kayu manis & bunga lawang

4) Bila dah naik bau, tuangkan dalam nasi yang sedang ditanak. Kacau2 dengan senduk untuk meratakannya..

5) Perasakan garamnya..

Kalau nak wangi, tambahkan daun pandan..

Sesekali, karih2kan nasi tu (kacau2) supaya nasi tu masaknya sama rata.

Digandingkan dengan sambal bilis versi masing-masing ye..

Selalunya kami makan nasi majerin ni, bersama sambal sadin, telur rebus & timun.. Ada sepat masin pun tambah selera.. Nyum.. nyum!!

Selamat menjamu selera.. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 23, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Cotton Soft Japanese Cheesecake 
Sumber oleh : alma@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8-inci )
 
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar - saya guna susu cair dalam tin
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
 
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon
 
Cara-cara
 
Utk adunan A:
Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler.
Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

Utk adunan B:
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. 

Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

Bakar kek lebihkurang sejam, dgn cara "au bain-marie" (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. 

Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu camner, boleh rujuk kat  sini!!!.. Siap ada cara2 bergambar lagiks..

Terimakasih kepada tuan blog.. :)

P/s.. Nnt saya edit semula entry ni elok2. Hehehe

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 12, 2012

Kerabu Tomato

Assalamualaikum...

Salam pagi Khamis.

Sabtu lepas banyak pulak encik PR saya ni belikan tomato mengkal.. Puas dok pikir apa nak buat dengan tomato-tomato tersebut.. Hehe

Jadi, saya nak kongsikan apa yg saya saya dah buat dengan tomato mengkal tu.
Tak boleh nak kata masak, sbb tak perlu dimasak. Cuma cincang2, mayang2 je.. Hehe

Kerabu Tomato

Sebiji tomato mengkal (hijau kemerah2an)
bunga kantan
bawang besar
sedikit timun

limau kasturi - ambil airnya
ikan bilis - goreng garing
garam secukupnya

tomato, timun - potong kasar
bawang, hiris nipis2
bunga kantan, potong macam org buat kerabu tu.. (hehe)

gaulkan semua bahan hiris
masukkan jus limau kasturi
perasakan garam

last sekali sebelum hidang, gaulkan dengan ikan bilis garing..

Selamat menjamu selera...

p/s.. sukatan jangan tanya, semua sesedap rasa.. hahaha


Insirasi dr buku Kerabu & Salad oleh Chef Hanieliza Kamarudin
Resipi asa adalah Salad tomato, tetapi saya tukarkan daun pudina dengan bunga kantan, maka jadilah ia sebagai kerabu & saya tambahkan sedikit timun... hehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 11, 2012

Strawberry Crepe

Kalau ikut resipi, guna durian. Tapi saya dah tukar dengan strawberry. Hehe

Resipi asal, dan cara2 melipatnya tuian2 & puan2 boleh lah godek2 di FB Jom Masak ye..

RESEPI ASAL DARI DURIAN CREPE

- 20g tepung gandum
- 20g tepung ubi
- 10g tepung jagung
- 10g tepung kastard
- 40ml susu cair
- 150ml air biasa
- 1biji telur A
- 1sdb gula
- 1sdb minyak masak

cara cara
- campurkan semua bahan....godek dengan whisk hingga sebati & larut... tapis & dadarkan pada non stick pan

filling
- fresh cream secukupnya (dipukul kental )

cara cara
- pipekan cream, choc spread + milo + choc spread.....kemudian tutup ngan cream....lipatkan kulit (cara melipat sila refer ALBUM CARA MELIPAT CREPE)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 3, 2012

Juadah santapan keluarga malam ini



Menu pembuka selera...

Sambal tempoyak mentah, kegemaran seisi keluarga

Bahan2 : 

ikan bilis - dibasuh
Cili besar (kalau nak lebih pedas menyengat, campurkan cili api)
sedikit garam.

Cara2 :
Tumbuk semua bahan sekaligus
Tak perlu lumat

 Hidangkan dalam piring bersama tempoyak.


Sambal tumis ikan bilis garing

Bahan-bahan :

Ikan bilis, goreng garing
Bawang besar potong slices

Bahan tumis : 

bawang putih, bawang merah - blender
cili kering - blender
Asam keping - 1 keping kecil @ 1/2 keping (kalau besar)

 Kentang, potong2 ikut suka (slice @ wedges) - goreng sampai empuk

Cara2.. 

Tumis bahan tumis hingga 1/2 garing, masukkan bawang potong
Goreng lg sampai bahan tumis garing
Perasakan garamnya masukkan ikan bilis goreng garing & kentang yg telah di goreng
balik2kan sampai cili rata.. tutup api.

Hidangkan & sedia untuk di makan.


Asparagus goreng campur ayam

Bahan2: 

Seikat asparagus segar - di potong seinci-seinci
Sekeping dada ayam - di potong2 sebesar hujung telunjuk
Bawang putih - dimayang
Bawang merah - dimayang
Cili merah - dihiris
Sedikit sos tiram

Cara2 :

Tumis bawang putih & bawang merah \
Bila bawang agak layu, masukkan daging ayam
Bila daging ayam agak hampir masak, masukkan asparagus yg telah dipotong2
masukkan sos tiram, rasa dah terasa masin ke belum
Kalau kurang masin, baru tambah sedikit garam, sebab sos tiram dah memasinkan makanan
Masukkan cili potong
Kacau2 biar serata ayam & asparagus, tutup api & hidangkan
Tak perlu masak lama sangat, sebab asparagus sedap rangup2.


Selamat menjamu selera...

Tuesday, September 25, 2012

Ceri yang segar

Sedap ceri ni, manis & rangup.

Kebetulan hari tu (dah lupa hari apa).. Turun dr putra Taman Melati, ternampak peniaga sayur yg biasa ada tu, sayur2an yg dijual, semua segar2. Ambil terus dr Cameron Highland katanya. Murah pulak tu, RM2 sepeket atau RM5 utk 3 peket.

Tengok2 ada pulak strawberi & ceri. Aku pun, apa lagi.. Beli la, sedap2 dan manis semuanya. Nak beli sayur, dlm esbok di rumah banyak lg sayur.

Sapa2 nak beli sayur segar, boleh la petang2 ke stesen Putra Taman Melati, di bahagian depan, mengadap org jual goreng pisang, tapi tak semestinya ada buah2 tu. Hehe..

Selamat mencuba nasib.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 21, 2012

Ayam bakar merasmikan kuali ajaib

Hehehe.. Sedapnya ayam ni..
Resipinya??? Rahsia. Resipi rahsia tau!!!! Hehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.